Jumaat, 26 November 2021

Rumah kpg lame

Acbhff HAMPIR 2 tahun pak mat teperap di dlm apartment mewah ekoran PKP Yg berlarutan disebbkn pandemic c19 mencari rumah kpg yang sesuai selepas pk leman sekeluarga membuat keputusn untuk dia dan keluarganya berpindah ke kpg Yg agak pendalamn . Namun selepas puas mencari, dia akhirnya bertemu sebuah rumah kpg yang cantik dan selesa untuk didiami semua ahli keluarganya. Paling penting hargenye juga berpatutan! Tak mudah bagi pk leman untuk menetap terus di kawasan perkpgn memandangkan dia perlu memikirkan keperluan serta kesesuaian enam ahli keluarga yang lain. Namun selepas 2 tahun (PKP) panjang , pak leman akhirnya mmbuat keputusn berpindah ke Kwsn kampung Yg agak terpencil disebuah rumah kpg lame separuh batu separuh kayu yang cantik dan selesa untuk didiami semua ahli keluarganya. Paling penting bebas drpd hiruk pikuk kota dan paling penting sekali sudah bebas drpd PKP! Bagaimanapun rumah itu sudah lama tidak berpenghuni kerana pemiliknya berasa sayang untuk menjual kn kepada orang lain. Disebabkan situasi kewangannya yang tidak mengizinkan, tuan rumah itu mengambil keputusan menjual kn terus kpd pembeli . Disebabkan bimbang dgn situasi PKP yang akn dtg , ditambah dengan pandemik berulang kembali, pak leman mengambil keputusan Mmbeli rmh kpg tersebut dan menetap terus disitu. "Jika dilihat, memang tiada siapa sangka rumah itu tidak pernah ada siapa yang duduk... Ia nye dijaga dengan baik malah pk leman akan melakukan renovation bagi menmbh baikkan dan membaik pulih rumah itu ," katanya. Barang dan perabot di rumahnya akan berselerak pada waktu pagi. - Barang beralih tempat! Pada awalnya kata pk leman, tiada sebarang perkara pelik berlaku di rumah tersebut namun selepas sebulan mereka menghuni kediaman itu, dia sekeluarga mula mengalami kejadian pelik dan misteri. Paling biasa katanya, barang yang diletakkan di sesuatu tempat kerap beralih ke tempat lain dan ia merungsingkan semua ahli keluarga. "Sebagai contoh, saya hdset di atas meja sebelum tidur. Tapi bila bangun, saya jumpa hdset di tingkat bawah rumah. "Pada awalnya saya ingat adik-beradik yang usik hdset tetapi apabila saya tanya mereka juga mengalami perkara sama iaitu barang beralih tempat lain ," katanya. Tidak mahu berfikir bukan-bukan, mereka sekeluarga tidak mengambil serius perkara yang berlaku dan menganggap ia kebetulan. Adik saya juga pernah nampak saya duduk di dalam bilik tapi sebenarnya saya tiada di rumah ketika itu. Namun kata pk leman, keadaan semakin pelik apabila pada suatu hari mereka sekeluarga makan malam di luar dan apabila pulang, masing-masing terkejut melihat keadaan rumah yang berselerak berantakan . "Bayangkan, perabot dalam rumah sudah beralih! Sofa senget... kabinet TV jadi melintang malah kerusi meja makan terbalik dan macam-macam lagi. "Bila tengok pintu dan tingkap, tiada pula tanda-tanda orang pecah masuk... ketika itulah kami sekeluarga mengesyaki ada sesuatu tidak kena dengan rumah itu," katanya. Munculkan diri menyerupai ahli keluarga! Bagaikan satu amaran kata pk leman, sejak itu, 'benda' yang menggangu mereka sekeluarga mula mengganas dengan melakukan pelbagai gangguan membuatkan mereka sekeluarga berasa takut. Paling menyeramkan katanya, ia mula memunculkan diri tetapi tidak dalam rupa sebenar sebaliknya menyerupai ahli keluarganya. Selepas tiga bulan, pk leman dan keluarga mengambil keputusan berpindah. - "Saya pernah nampak adik saya masuk bilik air di tingkat atas, tapi bila saya turun ke bawah, saya nampak dia sedang masak di dapur. Adik saya juga pernah nampak saya duduk di dalam bilik tapi sebenarnya saya tiada di rumah ketika itu," jelasnya. Tidak cukup dengan itu kata pk leman, ketika semua masuk tidur, maka akan ada 'pesta' mengalih perabot di tingkat bawah dan ia bukan sekadar bunyi. "Apabila kami bangun pagi, perabot memang betul-betul beralih," katanya. Selepas berbincang dengan semua ahli keluarga, pk leman memberitahu mereka mengambil keputusan berpindah semule ke ibu kota hanya selepas tiga bulan di rumah itu. Meskipun pk leman berasa berat ati tetapi dia terpakse juge untuk kembali balik ke ibu kota tempat kediaman mereke sekeluarga disebuah apartment lame mereke Selepas mengalami sendiri kejadian paranormal yg sebenar sejak tinggal di rumah tersebut. Meskipun pemilik asal rumah berasa pelik tetapi dia tidak tergamak untuk menceritakan hal sebenar di alami mereka sejak tinggal di rumah tersebut. "Entah apa misteri rumah itu pun kami tidak tahu. Biarlah ia menjadi memori seram dalam ingatan kami sekeluarga," ujarnya. Agama Beri salam bila masuk rumah walaupun tak ada orang. Ini sebab-sebabnya... Beri salam bila masuk rumah walaupun tak ada orang. Ini sebab-sebabnya... APABILA kita bertandang ke rumah orang lain yang beragama Islam, ucapan salam secara automatik terungkap dari bibir kita. Maklum sahajalah, itu antara cara untuk memberitahu tuan rumah akan keberadaan kita. Begitu juga halnya apabila mahu masuk ke dalam rumah sendiri. Ucapan salam akan menjadi kalimah pertama yang akan menyapa halwa telinga ahli keluarga yang berada di dalam rumah. Tidaklah masing-masing terkejut apabila tiba-tiba sahaja ada orang masuk ke dalam rumah. Tambahan pula memberi salam itukan merupakan ucapan mulia. Kita juga mendoakan kesejahteraan kepada mereka yang berada dalam rumah berkenaan. Namun begitu, jika sesebuah rumah kosong dan langsung tiada orang di dalamnya, ada segelintir orang terus masuk ke dalamnya sebaik sahaja kunci rumah dibuka. Begitupun, ada pendapat yang menyatakan supaya kita tetap perlu memberi salam apabila ingin masuk ke dalam rumah kosong. Benarkah begitu? Islam mengajar umatnya supaya memberi salam ketika hendak masuk ke dalam rumah. Perkara itu ada dijelaskan dalam firman ALLAH SWT: “Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu masuk ke dalam mana-mana rumah yang bukan rumah kamu, sehingga kamu lebih dahulu meminta izin serta memberi salam kepada penduduknya; yang demikian adalah lebih baik bagi kamu, supaya kamu beringat (mematuhi cara dan peraturan yang sopan itu).” (Surah al-Nur, ayat 27) Bukan itu sahaja, memberi salam juga merupakan sunah yang melambangkan identiti seorang Muslim. Ini kerana ucapan salam itu sendiri begitu mendalam maksudnya. Masakan tidak, ungkapan mulia itu mengandungi ucapan dan doa yang melambangkan betapa eratnya hubungan antara seseorang Muslim dengan Muslim yang lain. Rasulullah SAW bersabda: “Sebarkan (jadikan kebiasaan) salam, (maka) kamu akan sejahtera.” (Riwayat al-Bukhari) Perbuatan itu juga amat disarankan apabila kita masuk ke dalam rumah kosong dan tidak berpenghuni. Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Ibn Umar RA bahawa Nabi Muhammad SAW bersabda: “Sekiranya seseorang itu masuk ke dalam rumah yang tidak berpenghuni, maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin (salam sejahtera ke atas kami dan ke atas hamba-hamba ALLAH yang soleh)” (Riwayat al-Bukhari) Syeikh Zakaria al-Kandahlawi ketika mensyarahkan hadis ini telah menukilkan beberapa pandangan ulama berkaitan. Beri salam masuk rumah Misalnya, Ibn ‘Abbas mengatakan bahawa rumah yang tidak berpenghuni adalah termasuk rumah yang berpenghuni, namun tidak ada orang di dalamnya. (Lihat Awjaz al-Masalik ila al-Muwatta’ Malik, 17/206) Imam al-Suyuthi pula berkata: “Sekiranya masuk ke dalam sesebuah rumah yang di dalamnya terdapat orang Islam, maka ucapkanlah salam, sekiranya masuk ke dalam rumah yang didiami oleh orang bukan Islam atau tiada orang di dalamnya, maka ucapkanlah: “Assalamu ‘alaina wa ‘ala ‘ibadillah al-Solihin.” (Lihat al-Dur al-Mansur (6/208)) Selain itu, Imam al-Nawawi turut menyatakan, sunat untuk menuturkan, bismillah, memperbanyakkan zikir kepada ALLAH SWT dan memberi salam. (Lihat kitab al-Azkar, hlm. 49) Ketahuilah, tujuan ucapan salam berkenaan bagi menghormati makhluk-makhluk ALLAH SWT selain daripada manusia yang berkemungkinan tinggal di tempat tersebut. Justeru, amalkanlah memberikan salam jika ingin masuk ke rumah biarpun kediaman itu tidak berpenghuni. Sumber: Al-Kafi #1201: Perlukah Memberi Salam di Rumah yang Kosong, laman web rasmi Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan N

Tiada ulasan: