Mukaddimah

MUKADDIMAH

Saya pengasas blog eXorciSeS ini ingin mengucapkan selamat menyambut hari debaran ' hari raya aidilfitri maaf zahir & batin dimana jua pun anda berada ' 1 Syawal & 1 Felda & 1 Malaysia

Di pagi 1 Syawal yang indah ini saya ingin mengupaskan sedikit-sebanyak tentang kajian ifritology ini . Mudah-mudahan kajian saya ini mendapat berkat daripada illahi dan memberi manfaat untuk kita bersama

Pada mulanya saya ingin menekankan tentang peranan ataupun objektif kita sebagai manusia ataupun kalifah dimuka bumi ini iaitu beribadat kepada tuhanmu iaitu rabb yang maha agung dan yang maha sempurna iaitu allah swt . manakala objektif yang keduanya adalah membasmi musuh-musuh kita iaitu iblis , syaitan dan angkatan2 perangnya yang sekalian banyak . Disini saya tidak sama sekali akan menunjukkan cara-cara pengusiran tersebut dijalankan demi untuk mengelakkan drpd dimanupulasi , disalah ertikan , disalahgunakan dan mahupun digunakan sebagai alat ejek-ejekkan oleh pihak-pihak tertentu yang tidak bertanggungjawab  . Maka dengan sedikit penerangan ini diharap mampu mengigati kembali tujuan asal-mulanya kejadian manusia itu.

SIAPAKAH JIN ITU ?

Jin adalah suatu jenis mahluk yg termasuk dlm golongan roh yg berakal yg juga diberi perintah taklif(menjalankan syariyat agama) sebagaimanan halnya bangsa manusia khususnya hanya mereka  itu tidak mempunyai bahan2 kebendaan sebagaimanan manusia seluruhnya yg tertutup dari pandangan mata manusia . Jadi Jalan bagi kita untuk mengetahui tentang kewujudan alam jin itu sendiri adalah berdasarkan alquran dan juga hadis . Manakala bahan untuk menjadikan jin itu tadi telah diterangkan oleh allah (swt) :-
Ayat diatas secara lansung menunjukkan bahawa manusia pada asal muasalnya dijadikan daripada tanah kemudian dibiarkan agak lama sehingga menjadi lumpur hitam . Lumpur hitam akhirnya kering dan sudah berubah baunya . Sehingga menjadi tanah liat yg kering . Selanjutnya pula tentang jin adalahlah berasal drpd api yg tidak berrasap @ api yg sangat panasnya 


IBLIS DAN SYAITAN 

Iblis adalah suatu nama yg bersal drpd bahasa arab yakni dari bahasa ajam dan sebab itulah menurut ilmu bahasanya kata tersebut tidak ditanwinkan . Iblis @ iblas(putus asa dari rahmat tuhan atau kasih sayangnya . Iblis adalah nenek moyang seluruh golongan syaitan . Jadi itulah ayah pertama bagi mereka . Syaitan (jamaknya berbunyi syayathin) adalah setiap yang berketerlaluan baik dari kalangan manusia , jin @ binatang sekalipun . Adapun yg lazim dimaksudkan dlm agama islam ialah keterlaluan dari alam jin . 




Disamping itu juga kami mengketegahkan pendekatan baru yg dipanggil Ifritology(Demontology) . Ifritology adalah salah satu bidang kajian  yg melibatkan suatu entity yg lebih halus  drpd kuman . Dimana perkataan ifritology ini diambil drpd kata Ifrit yg melibatkan sejenis mahluk ciptaan allah swt yg diciptakan drpd sejenis unsur api yg sangat panas . Kepercayaan wujudnya Ifrit ini adalah berteraskan sumber2 al-quran & hadis rasulluah saw . Disamping itu juga kewujudan golongan jin ifrit ini juga berlaku didlm kepercayaan masyarakat dunia khususnya pada zaman ini . Tidak terkecuali juga dialam melayu(ISLAM) kepercayaan wujudnya golongan jin itu tadi sudah menjadi resam adat2 masyarakat setempat . Didlm alam melayu banyak nama2 lain yg menjadi sebutan seperti toyol , polong , bajang , hantu raya , pelesit , penanggal , pocong , jerangkung , saka dan banyak lagi sebutan kampung yg masih lagi kita tertanya-tanya kewujudannya .

Terwujudnya bidang kajian ifritology ini adalah semata-mata bertujuan mengkaji sebanyak-banyak mungkin kaitan golongan jin beserta kaum kerabat mereka seperti syaitan & iblis yg melibatkan fizikal , spritual , mental & kesan terhadap biology dalaman manusia dan cara ia menyerap masuk kedalam tubuh badan manusia itu sendiri . Walaupun kajian sains masih buntu tentang kebolehupayaan jin itu tadi merangsangkan dalaman biology manusia dan tidak mampu di scan melalui kaedah yg biasa diguna pakai dihospital sekarang ini . Kajian penulisan ini melibatkan juga pengalaman penulis sendiri dan pengalaman org2 lain yg berdepan dgn setiwasi yg melibatkan shman2 tertentu pada berpuluh-puluh tahun yg lalu . Disebalik kajian tentang ifritology ini adalah bergantung pada konsep eXorciSeS iaitu suatu teknik memanggil dan mengusir syaitan yg berpandukan prinsip2 eskatology ISLAM iaitu melalui al-quran & hadis2 nabi muhammad saw .

Tiada ulasan: